Peranan dan kegunaan Titisan sel terabadi

TItisan-titisan sel terabadi digunakan secara meluas sebagai model ringkas untuk sistem biologi yang lebih kompleks, misalnya untuk tujuan analisis biokimia dan biologi sel untuk sel-sel mamalia yang termasuk manusia. [2] Kelebihan utama menggunakan titisan-titisan sel terabadi untuk penyelidikan adalah keabadiannya. Ini kerana sel-sel itu boleh tumbuh dengan pengkulturan selama-lamanya. Ini mempermudah analisis biologi sel-sel yang mungkin mempunyai jangka hayat yang terhad.

Titisan-titisan sel terabadi juga dapat diklon sehingga pembentukan populasi klon yang dapat tumbuh selama-lamanya. Ini membolehkan analisis diulang sebanyak mana mungkin pada sel-sel yang sama genetiknya. Hal ini berbeza dengan sel-sel primer yang tidak mempunyai kelebihan ini.

Tititsan-titisan sel terabadi digunakan dalam bioteknologi, kerana penggunaannya adalah kaedah yang paling jimat untuk membiak sel-sel yang sama terdapat dalam organisma multisel dalam keadaan in vitro. Sel-sel ini digunakan untuk pelbagai tujuan, bermula dengan pengujian ketoksikan sebatian atau ubat sehingga ke pengeluaran protein eukariot [3]

Batas-batas keupayaan

Perubahan dari asalan yang tidak abadi

Walaupun titisan-titisan sel terabadi selalunya berasal dari tisu yang dikenalpasti, mereka telah mengalami beberapa mutasi yang ketara untuk menjadikan dirinya kekal. Mutasi ini dapat mengubah keadaan biologi sel dan mesti dipertimbangkan dalam segala analisis. Tambahan pula, titisan-titisan sel dapat berubah genetiknya merentasi beberapa kali pemindahbiakan (passage), membawa kepada perbezaan fenotip di antara beberapa asingan sel dan seterusnya menyebabkan kemungkinan untuk perbezaan hasil eksperimen bergantung pada masa dan jenis strain asingan bagi sesuatu eksperimen. [4]

Pencemaran dengan jenis sel lain

Pelbagai titisan sel yang digunakan secara meluas untuk penyelidikan bioperubatan telah tercemar dengsn sel-sel lain yang lebih agresif. Sebagai satu contoh, yang sepatutnya titisan-titisan tiroid menjadi sel-sel melanoma, yang sepatutnya tisu prostat menjadi tisu barah pundi kencing, dan yang sepatutnya tisu kultur rahim yang normal menjadi barah payudara. [5]